Jumat, 07 Maret 2014

Guru Agama Ini Keluarkan Jin Sambil Remas Dada Siswi



TANJUNGPINANG -- Perilaku As (45) seorang guru agama di SMA dan dosen di kampus UMRAH tidak patut ditiru. Sebagai guru, dia diduga melakukan pencabulan terhadap dua siswinya dengan modus mengeluarkan jin yang berada dalam tubuh dua korban tersebut.

Adalah Mr (17) dan Mw (17) dua siswi SMA di Tanjungpinang tidak terima dengan perlakuan As yang mengaku sebagai guru agama bisa mengeluarkan jin dari dalam tubuh dua siswi tersebut. Kedua siswi itu terkena tipu daya As.  Dua siswi ini pun melaporkan As ke Polres Tanjungpinang. Selang sehari, As pun ditangkap polisi, Minggu (10/3/2013).

Kejadian ini bermula ketika As mendapatkan informasi bahwa beberapa anak didiknya sudah tidak virgin lagi, termasuk dua orang korban tersebut. Informasi yang ia dapat membuat pikirannya melayang dan ingin merasakannya.  As mengaku kepada para korbannya bahwa ia mengusai ilmu gaib dan bisa mengeluarkan jin yang ada di dalam tubuh kedua anak didiknya.l

Para siswi pun percaya, ketika As mengatakan bahwa di tubuh mereka ada jin jahat yang ikut bersamanya. Kedua korban merasa penasaran, mereka ingin mengeluarkan jin dari dalam tubuh mereka seperti yang diceritakan guru agamanya. Sehingga Sabtu (23/2/2013) lalu, Mw menelpon As, dan mengatakan bahwa beberapa bagian tubuhnya terasa sakit, dan ia memiliki rasa takut yang berlebihan.

Kebetulan saat itu, As sedang mengikuti seminar di Hotel Plaza, Bintan Plaza, Tanjungpinang. As mengajak mereka ke sana dan disanalah As melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kedua muridnya.

Kapolres Tanjungpinang AKBP Patar Gunawan melalui Kasat Reskrim Polres Tanjungpinang AKP Memo Ardian mengatakan, di hotel itu tersangka berpura-pura menerawang korbannya. "Setelah menerawang, As memandikan kedua anak didiknya, dia beralasan dengan cara  itu jinnya bisa keluar," ucap Memo.

Ketika itulah, As bertinjauan mengobok-obok vital para siswinya. Tak segan- segan, As meremas-remas dada korban dengan alasan jin yang ada di dalam tubuh mereka bersarang di sana. Ia memandikan anak muridnya satu persatu di dalam kamar hotel tempat ia menginap saat melakukan seminar.

Usai Mr dimandikan selanjutnya Mw. Guru tersebut melakukan hal yang sama seperti yang dilakukannya terhadap korban pertama. "Dengan tangan memandikan dan meremas-remas kemaluan mereka, dengan alasan mengeluarkan jin dari tubuh mereka," lanjut Memo.

Kejadian ini terungkap ketika korban tidak merasakan perubahan apa-apa, dan mereka saling bercerita pengalaman saat dimandikan As. Saat itulah mereka baru sadar bahwa mereka telah dicabuli oleh guru agamanya. Hal tersebut lantas dilaporkan kepada guru BP yang ada di sekolah.

Mendengar kejadian tersebut, lantas guru BP menyarankan mereka untuk membuat laporan ke polisi. Saat ini, guru tersebut tengah melakukan pemiriksaan di Polres Tanjungpinang.

Kamis, 06 Maret 2014

Kes Denggi Cecah Tahap Kritikal – S Subramaniam

S.Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memaklumkan beberapa negara termasuk Malaysia sedang berhadapan dengan situasi global berkaitan kes denggi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, selain Malaysia, turut berhadapan dengan ancaman nyamuk aedes itu adalah Singapura, Filipina dan Lao PDR.
“Jumlah kes denggi yang dilaporkan di Malaysia pada minggu lalu adalah yang tertinggi pada tahun ini dan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes dengan dua kematian dilaporkan.
“Dua kematian itu berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan seorang pesara wanita berusia 67 tahun dan seorang lelaki berusia 33 tahun,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut situasi kes denggi di Malaysia, Subramaniam berkata, sejak Mei 2013 berlaku peningkatan dalam kes kematian dan lokaliti wabak denggi di negara ini.
Menurutnya, pada awal Mei kurang 500 kes denggi seminggu dilaporkan dan kes itu kemudian melonjak kepada lebih 600 kes seminggu melibatkan sembilan kematian pada minggu-minggu berikutnya.
Lebih membimbangkan, kata beliau, jumlah negeri yang mengalami wabak denggi meningkat 100 peratus malah daerah yang mengalami wabak juga turut meningkat sebanyak 47 peratus.
Katanya, secara keseluruhan sebanyak 12,143 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Jun 2013 berbanding 11,430 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.
Beliau turut memaklumkan lapan negeri yang menunjukkan peningkatan kes denggi pada tahun ini adalah Johor meningkat sebanyak 88 peratus, Sarawak (58 peratus) Sabah (41 peratus), Negeri Sembilan (33 peratus), Perak (15 peratus), Kelantan (7 peratus), Perlis (2 peratus) dan Selangor (1 peratus).
“Jumlah kematian pula sebanyak 25 kematian berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.
“Kawasan panas wabak denggi pula adalah Seksyen 7E B Shah Alam (Jln 7/101 – 7/103) dan Seksyen U2 (Pangsapuri Ilham), daerah Petaling di Selangor,” katanya. – myneshub.my

Rabu, 05 Maret 2014

Bercinta Dengan Budak 16 Tahun


Manila – Pemuzik terkenal Filipina, Freddie Aguilar semalam mendedahkan buat pertama kali dia melihat teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dia serta-merta jatuh cinta dengan remaja itu.

Ikon lagu rakyat Filipina itu berkata, dia menyangka remaja terbabit berusia antara 20 dan 21 tahun kerana susuk tubuh dan penampilannya yang matang.

Menurutnya, dia tidak sempat untuk bercakap dengan remaja itu tetapi hanya dapat memberikan kad namanya.

Beberapa hari kemudian, remaja terbabit menghantarnya mesej pesanan ringkas (SMS) dan bermula dari situ hubungan pun terjalin antara mereka.

Aguilar berkata, walaupun dia sudah berusia 60 tahun, tetapi hubungan mereka mengikut perkembangan gaya hidup moden kerana masing-masing gemar menghantar SMS.

Sepanjang mereka berkawan, penyanyi itu tidak pernah sekali pun bertanya usia kekasihnya itu.

“Bukan cara saya. Malah perbuatan itu juga dianggap biadab kepada wanita untuk bertanya usianya,” katanya.

Aguilar berkata, dia mendapat ketabahan untuk bertanya kepada remaja itu sama ada sudi untuk menjadi kekasihnya menerusi SMS.

Bagaimanapun remaja itu tidak segera menjawab pertanyaan Aguilar, tetapi selepas beberapa hari berikutnya baru dia bersetuju untuk menjadi kekasih hati penyanyi terbabit.

Selepas mendapat jawapan positif daripada remaja itu baru Aguilar bertanya mengenai usia sebenarnya.

Apabila mendapat tahu usia sebenar kekasihnya itu, Aguilar yang terkejut merasakan hubungan mereka mungkin tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Bagaimanapun, disebabkan perasaan cintanya yang mendalam terhadap remaja itu, Aguilar memutuskan untuk berbincang dengan ibu bapa kekasihnya bagi mendapatkan restu mereka.

Katanya, dia bercadang untuk berkahwin dengan kekasihnya itu dua tahun lagi.

Senin, 03 Maret 2014

Minggu, 02 Maret 2014

BN Tembusi ‘Kawasan Hitam’ – Khairy


YAN – Berbaki lima hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kubu kuat PAS yang diklasifikasikan sebagai ‘kawasan hitam’.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu merupakan isyarat positif kepada BN dalam usaha meraih undi di kawasan penyokong tegar PAS.

“Saya diberitahu kalau dulu nak letak bendera BN pun susah. Sekarang bendera boleh dikibarkan, poster boleh digantung malah ada juga orang kuat PAS sudah bersama kita sama ada menjadi jentera atau menyatakan sokongan kepada kita.

“Ini petanda baik, maksudnya mereka sudah bersedia untuk buat perubahan dengan menyokong BN,” katanya selepas program ‘walkabout’ di peti undi Matang Buloh di sini, Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, pihaknya mengklasifikasikan beberapa peti undi seperti Matang Buloh, Selengkoh dan Bukit Besar sebagai ‘kawasan hitam’ berdasarkan rekod kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

“Mana-mana yang diklasifikasikan sebagai kawasan hitam, kita boleh masuk. Menang tak menang sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan untuk kurangkan majoriti PAS di kubu mereka,” katanya.
Tambah Menteri Belia dan Sukan itu lagi, slogan ‘berani hijrah’ yang digunakan BN pada pilihan raya kecil ini jelas bertepatan dengan usaha memenangi hati pengundi DUN Sungai Limau.

“Slogan yang dipilih Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir adalah tepat sebab kita nak bagi keyakinan kepada rakyat yang selama ini memilih PAS supaya mereka berhijrah menyokong BN.

“Mereka perlu faham bahawa kali ini BN adalah kerajaan. Mereka tak akan rugi kalau pilih BN,” katanya. – mStar Online

Sabtu, 01 Maret 2014

GEMPAR! Gempa Bumi Melanda Kupang Baling Kedah

GEMPAR! Gempa Bumi Melanda Kupang-Baling, Kedah | Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi Selasa, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
GEMPAR! Gempa Bumi Melanda Kupang-Baling, Kedah
Gambar Hiasan
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya, demikian menurut kenyataan jabatan itu pada pagi tadi (Selasa.)

- Dah semakin hampir nampaknya....kalau dulu tiada gempa bumi yang melanda Malaysia, hari ini mungkin yang pertama dalam sejarah negara dilanda gempa bumi. Tak mustahil akan datang gempa yang lebih besar berlaku di negara kita. Petanda apakah itu? Wallahualam. sumber


Jumat, 28 Februari 2014

Parodi Shila Amzah Makin Hangat!

Parody Shila Amzah


Setakat ini terdapat tiga parody yang berjaya mencatat jumlah lebih daripada puluhan ribu tontonan.
Semua video itu meniru Shila menyanyi lagu popular tersebut.
Wah, hebatnya penangan video Shila itu!
Sebelum ini video yang dimuat naik Shila itu menjadi fenomena apabila konflik cintanya ketika itu sedang hangat diperkatakan.
Di sini disertakan video-video parody Shila itu untuk anda layan.
Harap terhibur.

Oleh: AUDREY LEE