Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

BN Tembusi ‘Kawasan Hitam’ – Khairy


YAN – Berbaki lima hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kubu kuat PAS yang diklasifikasikan sebagai ‘kawasan hitam’.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu merupakan isyarat positif kepada BN dalam usaha meraih undi di kawasan penyokong tegar PAS.

“Saya diberitahu kalau dulu nak letak bendera BN pun susah. Sekarang bendera boleh dikibarkan, poster boleh digantung malah ada juga orang kuat PAS sudah bersama kita sama ada menjadi jentera atau menyatakan sokongan kepada kita.

“Ini petanda baik, maksudnya mereka sudah bersedia untuk buat perubahan dengan menyokong BN,” katanya selepas program ‘walkabout’ di peti undi Matang Buloh di sini, Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, pihaknya mengklasifikasikan beberapa peti undi seperti Matang Buloh, Selengkoh dan Bukit Besar sebagai ‘kawasan hitam’ berdasarkan rekod kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

“Mana-mana yang diklasifikasikan sebagai kawasan hitam, kita boleh masuk. Menang tak menang sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan untuk kurangkan majoriti PAS di kubu mereka,” katanya.
Tambah Menteri Belia dan Sukan itu lagi, slogan ‘berani hijrah’ yang digunakan BN pada pilihan raya kecil ini jelas bertepatan dengan usaha memenangi hati pengundi DUN Sungai Limau.

“Slogan yang dipilih Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir adalah tepat sebab kita nak bagi keyakinan kepada rakyat yang selama ini memilih PAS supaya mereka berhijrah menyokong BN.

“Mereka perlu faham bahawa kali ini BN adalah kerajaan. Mereka tak akan rugi kalau pilih BN,” katanya. – mStar Online

Senin, 03 Februari 2014

Penganalisis RCI imigran Sabah risiko kepada BN


  • Malaysiakini  Ogos 12 2012
Pemerhati politik berpendapat bahawa tindakan perdana menteri menubuhkan Suruhanjaya Dirajaya untuk menyiasat isu imigran tanpa izin di Sabah akan memberi risiko besar kepada BN.
Penganalisis politik Sabah Arnold Puyok berkata, ini memandangkan bahawa siasatan itu dijalankan di negeri yang bakal menentukan kedudukan parti itu di Putrajaya.

tempoh enam bulan yang diberikan kepad RCI tersebut untuk menyiasat perkara itu bermakna siasatan berkenaan akan ditamatkan menjelang 28 April.

Katanya, rakyat Sabah akan hanya berpuas hati sekiranya RCI itu ditamatkan sebelum Parlimen dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Pensyarah UiTM itu berkata, beliau berpendapat bahawa siasatan tersebut tidak akan memihak kepada BN kerana isu berkenaan akan mengaitkan ramai pemimpin Umno Sabah.

Bagaimanapun, Najib mungkin tiada pilihan lain selepas dua MP BN bertindak keluar parti dan perdana menteru mungkin perlu bertindak demikian untuk menghentikan ketidakstabilan di negeri itu.

“Semua orang di Sabah mahukan RCI, terutama sekali parti berasaskan Kadazan-Duzun yang telah banyak memberi tekanan kepada Najib kerana isu imigran asing ini penting kepada mereka,” kata Arnold.

Ketua pembangkang yang bertanggungjawab dalam tindakan MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan MP Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar BN pada 29 Julai lalu akan kembali ke Sabah esok.

Anwar mendakwa seorang lagi wakil rakyat BN akan keluar parti.

Sabtu, 28 Desember 2013

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya

Harakahdaily, 20 Jun 2012

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang.

"Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka,"

Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.

"Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara.

"Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya.

Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat.
template joomla