Tampilkan postingan dengan label . Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label . Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Kes Denggi Cecah Tahap Kritikal – S Subramaniam

S.Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memaklumkan beberapa negara termasuk Malaysia sedang berhadapan dengan situasi global berkaitan kes denggi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, selain Malaysia, turut berhadapan dengan ancaman nyamuk aedes itu adalah Singapura, Filipina dan Lao PDR.
“Jumlah kes denggi yang dilaporkan di Malaysia pada minggu lalu adalah yang tertinggi pada tahun ini dan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes dengan dua kematian dilaporkan.
“Dua kematian itu berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan seorang pesara wanita berusia 67 tahun dan seorang lelaki berusia 33 tahun,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut situasi kes denggi di Malaysia, Subramaniam berkata, sejak Mei 2013 berlaku peningkatan dalam kes kematian dan lokaliti wabak denggi di negara ini.
Menurutnya, pada awal Mei kurang 500 kes denggi seminggu dilaporkan dan kes itu kemudian melonjak kepada lebih 600 kes seminggu melibatkan sembilan kematian pada minggu-minggu berikutnya.
Lebih membimbangkan, kata beliau, jumlah negeri yang mengalami wabak denggi meningkat 100 peratus malah daerah yang mengalami wabak juga turut meningkat sebanyak 47 peratus.
Katanya, secara keseluruhan sebanyak 12,143 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Jun 2013 berbanding 11,430 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.
Beliau turut memaklumkan lapan negeri yang menunjukkan peningkatan kes denggi pada tahun ini adalah Johor meningkat sebanyak 88 peratus, Sarawak (58 peratus) Sabah (41 peratus), Negeri Sembilan (33 peratus), Perak (15 peratus), Kelantan (7 peratus), Perlis (2 peratus) dan Selangor (1 peratus).
“Jumlah kematian pula sebanyak 25 kematian berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.
“Kawasan panas wabak denggi pula adalah Seksyen 7E B Shah Alam (Jln 7/101 – 7/103) dan Seksyen U2 (Pangsapuri Ilham), daerah Petaling di Selangor,” katanya. – myneshub.my

Minggu, 02 Maret 2014

BN Tembusi ‘Kawasan Hitam’ – Khairy


YAN – Berbaki lima hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kubu kuat PAS yang diklasifikasikan sebagai ‘kawasan hitam’.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu merupakan isyarat positif kepada BN dalam usaha meraih undi di kawasan penyokong tegar PAS.

“Saya diberitahu kalau dulu nak letak bendera BN pun susah. Sekarang bendera boleh dikibarkan, poster boleh digantung malah ada juga orang kuat PAS sudah bersama kita sama ada menjadi jentera atau menyatakan sokongan kepada kita.

“Ini petanda baik, maksudnya mereka sudah bersedia untuk buat perubahan dengan menyokong BN,” katanya selepas program ‘walkabout’ di peti undi Matang Buloh di sini, Selasa.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, pihaknya mengklasifikasikan beberapa peti undi seperti Matang Buloh, Selengkoh dan Bukit Besar sebagai ‘kawasan hitam’ berdasarkan rekod kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

“Mana-mana yang diklasifikasikan sebagai kawasan hitam, kita boleh masuk. Menang tak menang sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan untuk kurangkan majoriti PAS di kubu mereka,” katanya.
Tambah Menteri Belia dan Sukan itu lagi, slogan ‘berani hijrah’ yang digunakan BN pada pilihan raya kecil ini jelas bertepatan dengan usaha memenangi hati pengundi DUN Sungai Limau.

“Slogan yang dipilih Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir adalah tepat sebab kita nak bagi keyakinan kepada rakyat yang selama ini memilih PAS supaya mereka berhijrah menyokong BN.

“Mereka perlu faham bahawa kali ini BN adalah kerajaan. Mereka tak akan rugi kalau pilih BN,” katanya. – mStar Online

Selasa, 11 Februari 2014

PRU perlu pemantau antabangsa Suhakam sahaja tak memadai – Fuziah

(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 4 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak akan dapat menjadi pemantau yang berkesan untuk Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Katanya, ini disebabkan Suhakam tidak mempunyai sumber dan tenaga kerja yang mencukupi untuk menjalankan pemantauan menyeluruh di setiap kawasan pilihan raya.
“Kita alu-alukan kesediaan Suhakam (menjadi pemantau), tapi ia belum memadai dan kita masih perlukan pemantau antarabangsa dan juga dari NGO.

“Apatah lagi PRU akan datang bakal menjadi sangat kotor, selepas Umno BN mengatakan akan buat apa sahaja untuk pertahan Putrajaya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRU ini menentukan hidup mati BN,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Menyatakan rasa hormat kepada Suhakam, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan bagaimanapun mengkritik badan itu yang belum membuktikan keberkesanannya dan tidak lantang menyuarakan isu-isu penting, termasuk pilihan raya bebas.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Suhakam akan memantau PRU 13 bagi memastikan perjalanannya bagi menghormati hak asasi semua pihak.
Namun, pemantauan akan dibuat secara umum berikutan masalah kemudahan dan sumber tenaga melainkan terdapat aduan dan kes yang memerlukan tindakan dibuat.
Suhakam sebelum ini menjadi pemantau untuk beberapa pilihan raya kecil, termasuk untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Fuziah turut berharap langkah Suhakam itu tidak mengalihkan isu lapan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan pelaksanaannya pada PRU akan datang.
“Tuntutan Bersih, terutamanya pembersihan daftar pengundi dan capaian media yang adil sangat penting dalam memastikan ‘padang yang sama rata’ dalam PRU akan datang,” kata Fuziah lagi.
Bersih menuntut lapan perkara untuk dilaksanakan pada PRU 13, termasuk penggunaan dakwat kekal, reformasi undi pos, tempoh kempen minima 21 hari dan pengukuhan institusi awam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/