Tampilkan postingan dengan label guru. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guru. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Guru Agama Ini Keluarkan Jin Sambil Remas Dada Siswi



TANJUNGPINANG -- Perilaku As (45) seorang guru agama di SMA dan dosen di kampus UMRAH tidak patut ditiru. Sebagai guru, dia diduga melakukan pencabulan terhadap dua siswinya dengan modus mengeluarkan jin yang berada dalam tubuh dua korban tersebut.

Adalah Mr (17) dan Mw (17) dua siswi SMA di Tanjungpinang tidak terima dengan perlakuan As yang mengaku sebagai guru agama bisa mengeluarkan jin dari dalam tubuh dua siswi tersebut. Kedua siswi itu terkena tipu daya As.  Dua siswi ini pun melaporkan As ke Polres Tanjungpinang. Selang sehari, As pun ditangkap polisi, Minggu (10/3/2013).

Kejadian ini bermula ketika As mendapatkan informasi bahwa beberapa anak didiknya sudah tidak virgin lagi, termasuk dua orang korban tersebut. Informasi yang ia dapat membuat pikirannya melayang dan ingin merasakannya.  As mengaku kepada para korbannya bahwa ia mengusai ilmu gaib dan bisa mengeluarkan jin yang ada di dalam tubuh kedua anak didiknya.l

Para siswi pun percaya, ketika As mengatakan bahwa di tubuh mereka ada jin jahat yang ikut bersamanya. Kedua korban merasa penasaran, mereka ingin mengeluarkan jin dari dalam tubuh mereka seperti yang diceritakan guru agamanya. Sehingga Sabtu (23/2/2013) lalu, Mw menelpon As, dan mengatakan bahwa beberapa bagian tubuhnya terasa sakit, dan ia memiliki rasa takut yang berlebihan.

Kebetulan saat itu, As sedang mengikuti seminar di Hotel Plaza, Bintan Plaza, Tanjungpinang. As mengajak mereka ke sana dan disanalah As melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kedua muridnya.

Kapolres Tanjungpinang AKBP Patar Gunawan melalui Kasat Reskrim Polres Tanjungpinang AKP Memo Ardian mengatakan, di hotel itu tersangka berpura-pura menerawang korbannya. "Setelah menerawang, As memandikan kedua anak didiknya, dia beralasan dengan cara  itu jinnya bisa keluar," ucap Memo.

Ketika itulah, As bertinjauan mengobok-obok vital para siswinya. Tak segan- segan, As meremas-remas dada korban dengan alasan jin yang ada di dalam tubuh mereka bersarang di sana. Ia memandikan anak muridnya satu persatu di dalam kamar hotel tempat ia menginap saat melakukan seminar.

Usai Mr dimandikan selanjutnya Mw. Guru tersebut melakukan hal yang sama seperti yang dilakukannya terhadap korban pertama. "Dengan tangan memandikan dan meremas-remas kemaluan mereka, dengan alasan mengeluarkan jin dari tubuh mereka," lanjut Memo.

Kejadian ini terungkap ketika korban tidak merasakan perubahan apa-apa, dan mereka saling bercerita pengalaman saat dimandikan As. Saat itulah mereka baru sadar bahwa mereka telah dicabuli oleh guru agamanya. Hal tersebut lantas dilaporkan kepada guru BP yang ada di sekolah.

Mendengar kejadian tersebut, lantas guru BP menyarankan mereka untuk membuat laporan ke polisi. Saat ini, guru tersebut tengah melakukan pemiriksaan di Polres Tanjungpinang.

Kamis, 27 Februari 2014

Tongkat Tok Guru Nik Aziz Dibida RM15 000


KOTA BHARU – Tongkat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu telah dibida seorang usahawan pada harga RM15,000.

Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, pada program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam.

Lelongan  bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang.

Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu tinjauan lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai.

Ketika ditemui, Abdullah mengakui sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS  itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah.

Jelasnya lagi, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini.

“Saya memang meminati Tuan Guru, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangan tok guru sejak 25 tahun lalu,” ujarnya.

Beliau tidak teragak-agak untuk membeli barangan peribadi Tuan Guru sekiranya ada yang ingin dijual untuk tujuan amal.

Walaupun tidak selincah sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar, tidak bererti keperihatinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap rakyat telah berakhir.

Keperihatinan dan tanda tanggung jawab yang tidak pernah berakhir itu mendorong Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerahkan tongkatnya untuk dilelong baru-baru ini.

Hasrat itu telah disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS  Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga mangsa kebakaran Kampung Sireh Bawah Lembah.

Tongkat itu diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alaani Abdul Kader kepada Abdullah sebaik sahaja memenangi bidaan.

Rosli melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil peluang untuk menyampaikan derma melalui kaedah itu.

Jelasnya sumbangan itu akan diserahkan pada mangsa kebakaran yang terlibat dalam waktu terdekat.

“Bagaimanapun kita akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa,” ujarnya.

Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari. – HARAKAHDAILY

Sabtu, 21 Desember 2013

Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik hidupkan 10 Muharam


10 Muharam 1434 

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa sekali bersama masyarakat mengadakan hari khusus untuk majlis penghayatan 10 Muharam 
10 Muharam kali ini lebih bermakna buat warga Pondok Ar Rahmaniah kerana pengisian ibadah sepanjang hari , bermula dari pagi dengan majlis membuat bubur asyura , seterusnya majlis Membongkar Kesesatan Syiah , disebelah petang kuliah khas untuk perjuangan . Majlis berbuka puasa secara jemaah .Disebelah malam pula majlis Munajat Khas untuk Palestin dan Kemenangan Pilihanraya buat Parti Islam  Semalaysia PAS . 
Turut berucap dalam majlis semalam YB Che Uda , Ustaz Bakilani Tim YDP PAS Kawasan , Syeikh Muslim selaku Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah .
Alhamdulillah masyarakat diberi suntikan supaya menghayati 10 Muharam dengan  berpuasa dan 
mendapat pendedahan tentang sejarah Muharam dan 10 Muharam . 

Majlis ini Insyallah akan diteruskan sebagai acara tahunan Madtrasah Ar Rahmaniah . 
Tuan Guru Hj Salleh pagi tadi menyeru supaya 2 Majlis Penting yang pertama Majlis Hari Wukuf dan Hari Asyura dijadikan acara tahunan Madrasah selain perayaan lain seperti Maulidur Rasul SAW , Israq Mikraj , Nisfu Syaaban dan sebagainya mesti diteruskan supaya masyarakat terikat dengan agama dan sentiasa menghayati kehidupan beragama 

Membongkar Kesesatan Syiah di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah , 10 Muharam 2012













Munajat khas sempena 10 Muharam 2012 di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah