Tampilkan postingan dengan label siasat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label siasat. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

SSM datang semula siasat kewangan Suaram


  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jul 4 2012
Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) datang semula ke pejabat pertubuhan hak asasi manusia, Suaram petang tadi untuk menyiasat maklumat kewangan berhubung NGO yang didaftarkan sebagai entiti korporat NGO itu.

Menurut Twitter NGO berkenaan, SSM meminta perkara berikut:(1) Dokumen Kewangan bagi tahun 2008-2011;

(2) Dokumen sokongan berkaitan perolehan dan pendapatan lain termasuk penyata bank tahun 2008-2011;

(3) Dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011;

(4) Senarai terperinci perbelanjaan pentadbiran bagi tahun kewangan 2008-2011; dan

(5) Maklumat terperinci mengenai aktiviti syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011.

NONEPegawai SSM menyerahkan tiga notis, masing-masing kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (badan korporat Suaram) dan dua orang pengarahnya.

Ia dikeluarkan mengikut Seksyen 7(b) (2) Akta Syarikat 1965 yang memerlukan pegawai Suaram mengemukakan dokumen-dokumen tersebut ke pejabat SSM di KL Sentral pada hari Isnin minggu depan.

Pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa NGO pro-BN tampil mempersoalkan mengapa Suaram, sebuah NGO hak asasi manusia, didaftarkan sebagai sebuah entiti korporat dengan SSM.

Mereka juga mempersoalkan hampir RM1 juta yang dicatatkan sebagai pendapatan syarikat itu dari 2008 hingga 2011.

Minggu, 22 Desember 2013

Mahkamah siasat kes kanak kanak lelaki mati di mesin basuh

Jakarta - Pemeriksaan resmi oleh Mahkamah Koroner Australia menduga seorang wanita dari Perth, bertanggung jawab atas kematian anak laki-lakinya Sean Murphy yang terperangkap di dalam mesin basuh di rumah mereka di Hilton.

Tubuh Sean Murphy yang berusia 3 setengah tahun ditemui meninggal di dalam mesin basuh pada tahun 2010 bersama   kucing peliharannya.

Tubuh Sean ditemukan oleh ibunya Kerry, setelah dia terbangun di siang hari.

Penyiasatan koroner mencatat Kerry sempat berteriak histeria kepada anggota medis dan mengatakan dia  telah membunuh anaknya dan merasa bertanggung jawab kerana tertidur.

Namun Murphy kebelakangan mengatakan yang anjing peliharaan keluarganya melompat dan menyebabkan pintu mesin cuci tertutup.

Hasil bedah siasat menunjukan Sean Murphy mati kerana terperangkap.

Ketua penyiasatan kes ini, Carlos Correia mengatakan ketika berbicara dengan Kerry, dia menangis dan berteriak-teriak tapi kemudian bersikap tenang, ;yang menurutnya sangat aneh.

Detektif Correia mengatakan seminggu setelah kematian anak laki-laki tersebut, Murphy dan pasangannya berada dalam pengawasan tapi tidak ada informasi bererti yang berhasil didapatkan.

Namun demikian, dia meyakini pasangan tersebut sudah mengetahui yang  polis sedang mendengarkan pembicaraan mereka. ; Pemeriksaan resmi ini ditunda selama seminggu. detikNews