Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

Bayi meninggal kerana tersilap beri puting

@hmetro.com.my
 
KUALA TERENGGANU: “Biasanya anak sulung memberi puting kepada adiknya untuk menenangkannya apabila menangis, namun malangnya kali ini dia tersilap memberi biji rambutan,” kata Fatin Syamimi Azman, 18, ibu kepada Mohd Hafizie Farhan Mohd Aizudin, bayi lelaki berusia dua bulan yang meninggal dunia semalam akibat tercekik biji rambutan di rumahnya di Kampung Laut, di sini.

Fatin Syamimi yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, dia sedang bekerja sebelum terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada suami, Mohd Aizudin Razali, 26, memaklumkan Mohd Hafizie Farhan tercekik biji rambutan diberikan abangnya, Mohd Haikal Fikri, 2.
“Saya difahamkan Mohd Haikal dan suami sedang memakan rambutan di ruang tamu tetapi suami kemudian bergegas ke dapur membuat susu selepas melihat Mohd Hafizie yang berada di bilik terjaga daripada tidur.

“Bagaimanapun, Mohd Haikal yang mendengar adiknya menangis masuk ke bilik dan menyuapkan biji rambutan mungkin kerana mahu menenangkan adiknya ketika suami masih di dapur.

“Tindakan Mohd Haikal hanya disedari suami apabila melihat keadaan Mohd Hafizie yang berubah pucat dan sesak nafas.

Selasa, 24 Desember 2013

Tidur Dengan Mayat Suami Kerana Terlalu Sayang


Belgium – Kerana terlalu sayangkan suaminya, seorang wanita sanggup mengenepikan bau busuk untuk tidur di sebelah rangka suaminya, yang sudah meninggal dunia hampir setahun lalu.

Mayat berkenaan dikenali sebagai Marcel H yang berusia 79 tahun dan meninggal dunia akibat serangan asma pada bulan November tahun lepas.

Namun selepas kematianya, isterinya yang berusia 69 tahun tidak membuat laporan dan terus tidur di sebelah mayat berkenaan, di sebalik bau mayat mereput.

Jiran-jirannya juga tidak menyedari bau busuk tersebut dan keadaan sebenar hanya terbongkar apabila tuan rumah memasuki apartmen tersebut.

Dia berbuat demikian kerana curiga selepas pasangan itu tidak membayar sewa rumah sejak 2012 lalu.

Menurut seorang ahli , pathologist, Philippe Boxho, mayat berkenaan telah reput di atas katil dan organ dalamannya juga sudah reput serta mengeluarkan bendair dalam masa seminggu.

Bendalir itu, katanya telah mengalir di atas katil dan menyebabkan dihurungi serangga serta ulat selain mengeluarkan bau yang amat busuk.

“Meskipun ia mengeluarkan bau yang busuk, namun bagi orang ramai, ia umpama bau sampah dan apabila mayat sudah reput, bau tersebut semakin berkurang.

“Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan kes seperti ini malah saya pernah menghadapi dua hingga tiga kes melibatkan orang yang terus tidur dengan pasangan mereka yang sudah meninggal dunia,’’ katanya.